Kalau tak nak ada insurans/takaful tak boleh ke?
Soalan
ini kadang kadang bermain dalam kepala bila diajak berkongsi tentang insurans
dan takaful. Boleh, jika tidak mengambil mana-mana polisi insurans/takaful
tetapi ada perkara kita perlu tahu.
Jika
kita tidak ada polisi takaful, kita sebenarnya menanggung kesemua risiko
bersendirian. Apabila sesuatu di luar jangkaan berlaku, kita terpaksa
bergantung 100% kepada wang simpanan yang kita ada.
Berbanding
dengan mengambil insurans/takaful, kita memindahkan sebahagian daripada risiko
untuk diuruskan oleh pihak syarikat insurns/takaful. Lagipun, dalam keadaan
sebenar, kita tidak mampu menangani semua risiko bersendirian.
Bayangkan
jika kita jatuh sakit atau kemalangan. Tanpa sebarang back up kewangan, bagaimana kita mahu bayar kos hospital dan mungkin,
kos sara hidup sementara mahu sihat kembali. Walaupun kita cakap gaji RM3000,
itu cuma di atas slip gaji, nampak selesa. Tapi, itu ketika musibah belum
datang.
Dari satu sisi, kita sebenarnya tak ada jaminan untuk terus menabung tanpa usik wang tabungan tersebut. Tak percaya? cuba kita check diri, bila ada simpanan dalam atm, tiba tiba ada benda kita teringin nak beli. Senang saja nak ambil, sebab kad atm ada pada kita. Tapi, keadaan berbeza bila kita carum di takaful. Tak sesenang itu untuk ambil. Kalau teringin pun, kita sabarkan diri, tunggu dulu.
Manfaat pelindungan dan
kematian
Selain manfaat kematian, Etiqa Takaful memberi
pelindungan untuk hilang upaya kekal seperti lumpuh. Jumlah manfaat yang diterima bergantung
kepada jumlah sumbangan yang kita beri.
Bagi
yang mengambil rider (tambah nilai pelan) medical, kita mendapat manfaat
perlindungan kesihatan jika dimasukkan ke hospital.
Mahu saya bantu untuk perancangan kewangan anda?
Hubungi 012 6899281
Lokasi Kuala Terengganu
Hubungi 012 6899281
Lokasi Kuala Terengganu
No comments:
Post a Comment