Saturday, May 9, 2015

Sasaran simpanan seawal mula bekerja

Berapa umur anda ketika mula mula bekerja tetap?

Biasanya antara umur 20 - 25 tahun. Sebelum tu, sama ada masih belajar atau kerja sementara. Betul tak?

Seawal mula bekerja, gaji yang kita dapat, sisihkan sedikit untuk simpanan. Saranan saya, jangan letak setempat (satu akaun). Pecahkan simpanan ikut kategori sasaran kita. Meh kita check satu persatu.

a) Simpanan persaraan
    Simpanan persaraan penting sebab kita takkan selama lamanya kerja. Simpan dalam anggaran 5-10% gaji untuk sasaran ini. Ramai yang mencarum simpanan ini dalam bentuk KWSP(EPF). tapi kalau bekerja sendiri atau swasta, kita ada pilihan lain seperti ASG Persaraan, PRS( Private Retirement Scheme). Yang penting, ada.

b) Simpanan perlindungan/ insurans
   Skim perlindungan insurans dan takaful untuk melindungi kita. kalau kita simpan dalam bentuk tunai, kita tak tahu, masih ada/ cukup atau tidak jika kita berdepan masalah kesihatan. Ada banyak pelan perlindungan yang dipasarkan. pilih yang bersesuaian dengan kita. Setiap kita tak sama. jangan ambil semata mata orang lain ambil pelan yang sama. Semak juga keupayaan anda.

c) Simpanan kecemasan/kegunaan berkala
Simpanan ini berguna dalam harian kita. Jangan pejam mata. Contoh paling senang, bila kita demam atau kenderaan rosak. Demam, perlu juga sedikit kos untuk perubatan.

d) Simpanan Haji/perayaan/perjalanan
Bagi Muslim, peruntukkan juga sebahagian untuk tunaikan haji/umrah. Kalau boleh jangan sekalikan dengan simpanan lain. paling senang, simpan sedikit sedikit di tabung Haji. Sekarang pun, sudah ada option dari syarikat insurans yang menawarkan pelan perlindungan+simpanan haji.
selain itu, peruntukan untuk perayaan, buat juga. Di negara kita ni, macam macam perayaan ada. Kalau ada simpanan dari awal untuk perayaan tahun depan, tidaklah kelam kabut. Waktu raya, masa ini nak beli baju baru, nak berjalan melawat keluarga. Jika ada peruntukan setahun awal, tidaklah kelam kabut.