Tuesday, December 8, 2015

Rancang kewangan 4; kenapa pelan kewangan kita tak sama?

KENAPA PELAN KEWANGAN KITA TAK SAMA?

Dalam blog saya, ada saya ceritakan pelan simpanan, pelaburan dan takaful. Ada pelan untuk persaraan, untuk anak, untuk kecemasan.

Kenapa berbeza?

Sebab keperluan dan kehendak kita tak sama. Umur dan jantina boleh sama, tapi keadaan kesihatan, kerja, dan rumah tangga tak sama. kita tengok contoh

kes 1

Aiman, 21 tahun. Baru tamat diploma dan bekerja di bahagian kewangan. Kebanyakan kerja di pejabat. Masih bujang, dan ke tempat kerja menaiki pengangkutan awam. Kurang keluar berjalan jika tiada kerja. Status kesihatan, baik. Amat menjaga diet dan bersenam.


kes 2

Amin, 21 tahun. Baru tamat diploma, bekerja di bahagian pemasaran. Bahagian pemasaran, walaupun staff baru, perlu keluar membuat promosi bergerak dan berjumpa banyak orang. Berjumpa klien dan ke tempat kerja menaiki motosikal. Status kesihatan kurang baik kerana tidak mengikut aturan makan dan tabiat merokok.

kes 3

Bakar, 21 tahun. Bekerja selepas habis sekolah. Berkahwin dan bakal menjadi bapa. Bekerja sebagai mekanik. Berjalan kaki ke tempat kerja. Kerap membawa isteri, ibubapa dan mertua melancong. Status kesihatan kurang sihat; kerap berjaga malam dan merokok.



Dalam tiga kes ini,
a) siapa yang lebih memerlukan insurans/takaful kemalangan?
    Bakar dan Amin. Kerap keluar kerana bekerja dan membawa keluarga.

b) siapa yang lebih memerlukan pelan insurans/takaful keluarga?
    Bakar. Untuk melindungi diri, isteri dan bakal anak. Jika tidak mampu, sekurang kurangnya untuk diri sendiri perlu ada. Jika apa apa terjadi pada diri, sekurang kurangnya anak dan isteri tidak terbiar tanpa warisan.

c) Siapa yang memerlukan pelan simpanan jangka pendek?
    Aiman dan Amin.
    Sebab 1- perancangan membeli kereta
                   Sampai bila nak naik pengangkutan awam dan motosikal. betul tak?
    Sebab 2- perancangan nak kawin
                   orang bujang, dah dapat kerja. Tak mungkin tak terfikir cari pasangan. Kalau dah ada, pasti sudah ditanya nak tunggu sampai bila.


Jadi, setiap orang mempunyai keperluan dan kehendak berbeza. Bergantung kepada kita, untuk menyusun pelan jangka pendek, sederhana dan panjang,

Thursday, November 26, 2015

Pelaburan untuk anak



Bagi ibubapa,

tak salah kita mula melabur untuk anak kita. Kalau boleh, seawal yang mungkin. Sebabnya, jangka masa yang kita ambil, boleh cukup (insha Allah) untuk kegunaan anak anak kita bila mereka sudah dewasa nanti. Contoh paling senang, ketika berumur 18 tahun: mungkin untuk masuk kolej atau kereta untuk mereka guna.


Paling asas, yang banyak disarankan adalah insurans/takaful. Pelan insurans/takaful untuk anak anak, adalah gabungan simpanan + perlindungan. Simpanan, untuk kegunaan mereka nak masuk kolej nanti. Perlindungan untuk kes kecemasan seperti kemalangan dan sakit kritikal.


Opsyen lain, akaun pelaburan. Paling popular bagi orang Melayu, akaun pelaburan ASB (akaun remaja) dan Tabung Haji. Opsyen lain, kebanyakan Bank ada tawarkan akaun pelaburan Junior. Boleh buat pelaburan atas nama anak anak.


Kenapa digalakkan buka akaun pelaburan untuk mereka awal?
1- Pelaburan adalah untuk jangka panjang. Kita tak dapat untung banyak dalam tempoh 1-2 tahun. Nak cantik keuntungan tu, kadang kadang 5-10 tahun .

2- Lagi lama kita melabur, keuntungan makin banyak. Ini yang kita perlukan nanti. Lagipun, dalam masa 10 tahun lagi, kita kurang runsing untuk kegunaan mereka jika menyimpan sejak awal.




Friday, November 13, 2015

Kenapa wanita perlu celik kewangan?

Wanita, kewangan?

Ada orang cakap perempuan cuma pandai shopping je.

Tak pasti adakah betul cuma perempuan suka berbelanja? Lelaki pun, sama saja cuma benda dibeli tu tak sama.

Tapi di sini, kita nak fokus kenapa perempuan, wanita kena ambil tahu dan celik kewangan.

kita tengok dulu serba sedikit senario yang mungkin terjadi keliling kita

1- Wanita bersuami. suri rumah dan suami bekerja sendiri. Risiko yang ada; bukan setiap masa suami bekerja sendiri ni ada kerja. Gaji dan pendapatan tak menentu.

2- Wanita bersuami. suri rumah dan suami makan gaji. Risiko yang ada; kemungkinan dibuang kerja. kerja swasta, kemungkinan ini sangat tinggi. Kerja kerajaan, jangan selesa sangat. kemungkinan itu ada walaupun hampir mustahil.

3- Wanita bersuami dan bekerja di tempat yang sama dengan suami. risiko: kalau kedua duanya kena buang kerja?

4- Wanita bersuami dan bekerja sendiri. risiko pendapatan tak tetap.

5- Wanita bujang. Risiko kita, tak ada orang nak tanggung kalau tak ada pendapatan atau simpanan.


Semua keadaan ada risiko. Kalau boleh memang kita nak yang terbaik. Tapi, kadang kadang ujian datang. kalau kita tak bersedia, asyik nampak apa di depan mata saja, berat nak pikul. kita tengok lagi fakta yang bakal kita jumpa

a- jangka hayat wanita lebih panjang daripada lelaki. Bersediakah kita kalau suami 'pergi' dulu?
    Betul, harta pusaka boleh dibahagi ikut faraid. Tapi, kita dapat sebahagian kecil. Kalau nak diikut, memang tanggungjawab wali yang tanggung kita jika suami pergi dulu. Dan ramai juga yang tak bertanggungjawab, kan?

b- wanita berkahwin, jika suami ada isteri kedua atau kita bercerai, anda pasti kedudukan kewangan anda terjamin? Jika suami @ bekas suami bertanggungjawab, Alhamdulillah.

c- jika suami kita tiba-tiba sakit (kemalangan atau sakit teruk) atau jatuh miskin. bagaimana kita?


Dari sini, sebenarnya kita perlu merancang mengawal risiko.
Bagi suri rumah, suami bagi wang belanja, kan? ambil sikit sebagai simpanan. jika jumlahnya banyak, kita buat pelaburan dan ambil takaful,
alternatif lain, jika ada peluang, tak salah bekerja sambilan di rumah. wang pendapatan tu, boleh buat simpanan kecemasan dan pelaburan.

Bagi wanita bekerja, jangan lupa selain simpanan, buka pelan pelaburan dan pelan takaful. wang suami bagi, buat sebagai simpanan kecemasan.

Paling penting, jangan habiskan semua yang ada di tangan.

Saturday, October 17, 2015

kenapa orang kaya bertambah kaya?

Kadang kadang, geram juga, kan? bila orang kaya bertambah kaya.

Saya kaitkan dengan masalah kewangan, sebab ramai macam saya, nak jadi golongan tu.

Kita tengok dulu kenapa mereka boleh bertambah kaya
a) mereka tahu ilmu cukai dan pengecualian cukai.
    Cukai yang biasa kita bayar: Cukai pendapatan, cukai jalan, cukai barangan (senyap-senyap je kena cukai)

b) mereka urus kad kredit, bil, saman dan pinjaman on-time
 


Agak berbeza sikitlah, kita denga mereka ni. Tapi, walau tak berapa nak kaya, kita boleh buat serba sikit macam mereka ni.

a) ada kes kita dapat pengecualian cukai (pendapatan)
 
Bagi pembelian buku, caruman persaraan dan insurans/takaful, kita boleh dapat pengecualian cukai. Tak rugi beli buku pendidikan, cukai lepas, ilmu dapat.

Untuk simpanan persaraan, insurans/takaful dan simpanan pendidikan anak anak, kita dapat double bonus. Aset dapat (simpanan kecemasan), elak cukai pun dapat. Betul lah, insurans/takaful, simpanan persaraan dan pendidikan ni kita tak boleh keluarkan suka suka hati. Tapi, jaminan bila ada keperluan nanti, selain kurangkan kos yang tak perlu.


b) kad kredit, bil, saman dan pinjaman

Ada diskaun bila bayar awal atau on-time.

Sebagai contoh, kad kredit dan bil utiliti (air, elektrik, internet) ada caj bayaran lewat. bila kita bayar awal atau on time, sekurang kurangnya kita dah boleh elak perbelanjaan yang tak perlu.
Motivasi: Buat apa kita bayar benda yang tak perlu? denda bayar lewat tu tak perlu

Saman, ya saman trafik. Bila kita bayar  dalam masa seminggu- 2 minggu, kita boleh dapat diskaun dari jumlah sebenar. Bila tunggu surat mahkamah, dah terlambat. Silap hari kena tambah caj.
Motivasi: Kalau tak kena saman, lagi baik sebenarnya



Ini antara yang kita boleh buat. Walaupun kita tak boleh kaya serta merta, sekurang kurangnya ada perbelanjaan kita boleh elakkan.


Wednesday, October 7, 2015

Rancang kewangan 3: Hutang



Bercakap pasal urus duit dan kewangan, hutang boleh jadi tajuk 'panas' dan tak kira orang. Masing masing ada cerita sendiri. Nak tak nak, boleh kata semua orang terlibat.

Hutang, kita boleh bahagi 2: a) hutang baik  b) hutang jahat

Hutang baik, adalah hutang yang bagi manfaat pada kita. Contohnya, kita beli kereta untuk kita guna nak pergi bekerja.

Hutang jahat pulak, yang tak bawa hasil kepada kita. Contoh, kad kredit dan pinjaman peribadi.

Masalah kebanyakan kita, menguruskan hutang ni. Nak lari, susah. Sebab ada keperluan kita berhutang. Jadi, kena urus dengan baik.

Antara yang kita boleh buat sebelum berhutang

a) tengok keperluan berhutang.
    Contoh: Kereta yang kita perlu untuk pergi kerja.
    Perlu ke kereta besar untuk ke pejabat? Bagi staf bujang, kereta besar mungkin belum sesuai lagi.       Ikut keperluan kita

b) kemampuan bayar balik hutang.
    sebelum berhutang, cuba tanya komitmen kita untuk bayar balik. Di bank, biasanya kadar nisbah pinjaman maksimum ialah 60% daripada gaji bersih. Tapi, lagi kurang lagi bagus sebenarnya. Sebab? gaji kita bukan setakat nak bayar hutang.

c) hutang yang masih ada
    sebelum buat hutang baru, semak dulu. Hutang lama kita bagaimana?
     1- konsisten bayar, atau tersangkut sangkut?
     2- kenapa nak tambah hutang baru?

d) JANGAN SUKA SUKA BERHUTANG
    point ini, tak tahu kenapa, ramai suka-suka berhutang. Alasan tak munasabah, kadang kadang: sebab nak berlawan dengan orang.



Sudah berhutang, ada senarai penting untuk kita buat.

a) bayar hutang seperti dijanjikan
    Hutang dengan kawan atau dengan bank, bayar seperti yang kita janji. Kalau kita liat bayar, efek akan ada pada masa depan.
    1- pinjam dengan kawan, kawan akan susah nak tolong kita kali kedua dan seterusnya
    2- pinjaman bank. pinjaman sekarang akan jadi rujukan akan datang. nak buat pinjaman seterusnya akan jadi lebih susah.

b) jangan lari
    Betullah, ada waktu kita tak dapat bayar tepat pada masa, atau tepat jumlah yang diminta. Tapi, benda ni boleh dibawa berbincang. Lebih baik bersemuka, untuk susun balik jadual pembayaran daripada lari.

c) jangan tambah hutang
    :) Ini betul betul perlukan disiplin. Sudah ada hutang, jangan tambah hutang baru. Cuba langsaikan yang mana ada dulu, sebelum buat hutang baru. Selagi boleh, elakkan.


Friday, September 4, 2015

Rancang pelan kewangan 2: Dana kecemasan dan simpanan

Dah buat pelan perlindungan? kita bincang pulak dana kecemasan dan simpanan.



Eh, pelan pelindungan tu, bukan untuk kecemasan ke?

Ha, kat sini kau dah pening. Pelan pelindungan tu, untuk risiko yang syarikat insuran boleh tanggung. Kemalangan dan masuk wad (minimum 6 jam). Bukan semua, ya.

Dana kecemasan, mau ada juga. Contoh, demam. Paling tidak sekarang ni, RM50 untuk belanja check dan ubat di klinik. Contoh lain, kereta rosak. Mau beratus juga, kan? Ini, walaupun susah nak jadi, kita standby saja.

Kalau dalam masa 5-6 tahun tak jadi kecemasan, masih kena sisihkan sikit duit untuk kecemasan sebab kita tak tahu bila nak jadi. Tak jadi juga, jadikan dana kecemasan ni untuk modal pelaburan atau simpanan. Satu hari, mesti kita ada benda teringin nak beli,kan?

Macam mana nak simpan pelan kecemasan ni?

a) Jadikan tabiat. Biar sikit,asal ada.
b) Simpan di tempan yang susah nak keluarkan duit.
    1-Tabung Haji
    2-Emas
    3-akaun bank yang guna buku

c) Kurangkan check akaun dana kecemasan ni. Kerap tambah tak apa.

Wednesday, September 2, 2015

Rancang Pelan kewangan 1: Rancang pelan pelindungan kita

Kita selalu serabut pasal duit. Tapi, pernah terfikir tak untuk tengok dan rancang pelan kewangan kita?

 Tak pernah plan pun? Bahaya. Dapat duit terus belanja, as for me memang cari pasal sebenarnya.
Kali ni, saya saja nak berkongsi, nak rancang pelan perlindungan yang patut kita ambil.

A- Tengok keperluan kita.

 
Gambar 1 : Pelan takaful PA dari MAA EZTakaful

 
Gambar 2: Bayaran bulanan untuk pelan pilihan

 Ambil contoh dari MAA EZTakaful, kita tengok. Bukan semua pelan takaful untuk kita. Dari Gambar 1, pelan pertama untuk berumur sehingga 70 tahun. bagi pelan kedua dari umur 50 tahun. Manfaat yang ditawarkan juga berbeza bagi ketiga tiga pelan. Jadi, untuk diri sendiri, kita perlu yang mana satu? 

Jangan ambil yang tak perlu.

Kenapa syarikat insuran/takaful beri manfaat yang berbeza? Sebab keperluan kita ni, tak sama untuk semua orang..

B- Tengok kemampuan kita.

Sekarang tengok pula gambar 2. Ada 3 pelan bayaran untuk 1 produk. Kenapa tiga? Kita tengok apa yang syarikat takaful boleh tawarkan pada kita. Dan, tengok kemampuan kita juga. Kita perlu, tapi kemampuan kita terhad. Jadi, ambil yang kita mampu.


C- Bandingkan juga 2 - 3 syarikat

Kenapa? Yang ini agak menjerat. Contoh takaful PA ni. Dari EZTakaful, kita bayar, sekali dengan kemalangan kapal terbang. Tak semua orang naik kapal terbang. Dan syarikat ni, tak cover kapal laut. Bagi yang suka naik kapal laut, kena pertimbangkan juga. Bila kita bandingkan  lebih dari satu syarikat takaful, kita akan nampak lebih, yang mana satu sebenarnya kita perlu.



Tuesday, August 25, 2015

Motivasi pelabur: mula melabur

Bila dah tahu kenapa kita mahu melabur, peringkat seterusnya, mulakan pelaburan.

Tapi, asasnya kena tahu juga bagaimana dan bila kita mula melabur. Tak adanya nak main terjah tak tentu pasal

a) Jumlah modal yang kita ada. kalau boleh. Dari jumlah besar modal yang ada, kita bahagi tiga. Untuk permulaan, kita masukkan bahagian pertama dulu. bila dah nampak boleh untung, baru masukkan bahagian kedua dan ketiga.

b) Prestasi tahun tahun lepas bukan jaminan prestasi akan datang. Memang betul, kita tengok prestasi lepas. tapi ia bukan jaminan 100%. sebagai perbandingan antara dana-dana yang ada, mungkin.

c) Insurans/Takaful bukan cara terbaik untuk pelaburan. Memang la insurans dan takaful sekarang ni ada pelan berkaitan pelaburan atau takaful + simpanan. Tapi, revise balik, kita ambil insurans/takaful untuk lindungi diri dari risiko. Itu matlamat utama, simpanan dan pelaburan ni, tambahan saja. Bagi sesetengah orang, lagi baik dari tak ada apa apa. Bagi saya, mungkin lebih baik tapi bukan terbaik.

d) Simpanan kecemasan. Balik kepada modal yang kita ada. Ia bukan dari simpanan kecemasan atau untuk kegunaan harian kita. Ada je saya jumpa, hari ni nak melabur, dah fikir, "kalau minggu depan nak pakai beli barang macam mana" atau "kalau kecemasan (demam atau kereta rosak) nak ambil duit mana?".  Simpanan ni, kita patut dah ada dah. tak melabur pun kena ada. Modal yang kita akan gunakan adalah lebihan tunai yang kita sanggup tak usik dalam tempoh 1- 3 tahun. lagi lama lagi bagus.


Kredit:
www.pakdi.net
www.mohdzulkifli.com

Monday, August 17, 2015

Motivasi pelabur: Kenapa melabur?

Motivasi pelabur: Kenapa melabur?

Saya mula melabur dengan goldbar, sekitar tahun 2013. Masa tu, buat permulaan, 1gram. Niat asal, kalau simpan duit dalam bentuk tunai, akan ter-belanja nanti. Simpan dalam bank? Sama saja, boleh pergi atm, keluarkan-belanja. Jadi, beli GB, memang takkan boleh belanja suka suka hati. Iyalah, nak jual balik, tak mungkin kalau saja suka suka .

Saya taknak cerita kenapa saya melabur dalam emas atau lain lain. Asasnya sama, kenapa kita melabur.
a) Kita melabur untuk mendapat hasil, untuk kembangkan tunai yang kita ada. Bila berjumpa dengan orang, berkongsi pendapat dan pandangan, ada yang menolak terus semua jenis pelaburan. Alasan yang biasa : “ Macam mana kalau nak pakai duit segera?” “Takut syubhah..” dan “Tak reti...”
Risau nak pakai duit segera, saya susah nak komen panjang sebenarnya. Kalau ikut, nak shopping sakan  RM100, kita tak fikir pula risiko kalau nak pakai duit segera. Betul tak?

b) Untuk melabur, kita asingkan sedikit untuk simpanan kecemasan (3-6 bulan). Baru melabur. Di sini, tak timbul kalau nak pakai duit segera sebab kita standby duit ‘kalau nak pakai segera’ dulu, baru melabur.

c)  Guna lebihan tunai yang ada. Ikut bajet. Kalau kita cuma mampu bermula dengan RM50, mulakan dengan yang itu sahaja. Kena rajin survey juga, pelaburan yang mana sesuai dengan kemampuan kita. 

Takut syubhah? Hmmm... banyak pelaburan yang berlandaskan syariah sebenarnya. Cuma, kita cari atau tidak.

a) Pelaburan dalam bentuk simpanan emas/perak, tak timbul isu patuh syariah. Dalam kes beli dan simpan selama yang boleh, tak ada kes tak patuh syariah. Syaratnya, beli tunai. Setakat yang kita mampu.

b) Pelaburan unit amanah, penting untuk dapat maklumat lengkap dulu. Tak salah kalau dapat maklumat dari 3-4 syarikat pelaburan. Contoh: dapatkan maklumat dari ASNB, Maybank Investment, CIMB Wealth Advisor (CWA) dan Public Mutual. Penting sebelum jatuhkan hukuman kepada semua syarikat. Jangan sebab satu kes, kita pukul rata semua orang.

Tak reti? Saya juga bermula dengan tak reti dan tak tahu. Ada baiknya ambil SIKIT RISIKO; hadiri kelas pelaburan. Sama ada dalam bentuk seminar, di internet, atau beli buku berkaitan.  Di internet, banyak pelabur berkongsi ilmu asas pelaburan. Buku buku pun, anggaran RM15-RM50 sudah boleh dapat. Nak jimat juga, perpustakaan kan ada, pinjam saja. 

Saranan saya, nak melabur, bermula dengan lebihan tunai yang ada. Sikit pun tak apa. Motivasi saya, untuk jangka panjang, tak nak usik duit tu. Walau RM100, biar jangan usik selama yang mungkin. Dengan melabur, kita boleh gandakan nilai semasa kita tak usik duit tu.


Kalau ikut nafsu nak habiskan duit, memang rasa sayang pada permulaan. Tapi, dari tahun ke tahun bila hasil pelaburan bertambah, rasa sayang tak habiskan duit tu dah hilang. Senang hati lagi ada, sebab tunai bertambah. Kalau shopping barang yang tak berfaedah, tak boleh jual balik barang tu. 

Saturday, August 1, 2015

Piramid pengurusan kewangan


Melalui piramid kewangan (gambar), kita boleh susun kewangan kita mengikut keperluan. Secara ringkas mengenai instrumen kewangan seperti berikut:

  1. PENDAPATAN (Income);Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada pekerjaan seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN, bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan?
  2. SIMPANAN (Saving);
    Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.
  3. PERBELANJAAN (Expenses);
    Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum, kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap orang menerima gaji, iaitu;
    PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
    Tetapi, yang sepatutnya ialah;
    PENDAPAAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN
    Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.
  4. PERLINDUNGAN (Protection);
    Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi perlindungan kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah takaful dan insurans.
  5. PELABURAN (Investment);
    Inflasi akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk meningkatkan PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.
  6. PENYUCIAN (Purification);
    Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan zakat untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan suci. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah, di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.
  7. PEMBAHAGIAN (Distribution);
    Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain pula. Jadi di sinilah fungsi wasiat, dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN  mengikut faraid berjalan lancar.
Sumber: http://afyan.com/7-langkah-asas-pengurusan-kewangan.html

Tuesday, June 16, 2015

Pengaruh perayaan dalam berbelanja

Selamat menyambut Ramadan semua.

Seusai Ramadan, nanti kita akan merayakan 1 Syawal. Berbulan sebelum itu, pasti ramai yang buat persediaan awal seperti sedikit simpanan untuk balik kampung dan rumah terbuka. Tidak lupa, baju raya. Walau sedikit, pasti ada peruntukan.

Musim perayaan, yang saya lihat, kadang kadang jadi satu perlumbaan. Orang lain buat, kita pun nak buat, kalau boleh. Contoh paling senang, baju raya. Mungkin kita cuma perlu 2 pasang baju raya (bersama kasut). Dek kerana kawan membeli 5 pasang baju, kita nak beli 5 juga.  sebelum kita terpengaruh dengan emosi raya, meh kita semak apa yang perlu dan tak perlu untuk dibelanja

Perlu:
1- Zakat fitrah (wajib)
2- sedekah/wakaf (sunat)
3- perbelanjaan untuk melawat saudara dan keluarga

Agak perlu:
1- baju raya. Yang bertahap wajib, sepasang saja. yang kedua dah 'sunat'. yang ke tiga dan seterusnya, dah jadi membazir.
2- kuih raya. Ikut berapa ramai yang akan ada @ datang ke rumah kita. Kalau dah seminggu kita di kampung, adik beradik lain pun beli kuih raya juga, tak perlu la berkotak kotak.
3- budjet duit raya. ini hak peribadi sebenarnya. termasuk dalam konteks sedekah. Cuma nak add-on sikit, kalau boleh utamakan anak orang susah, orang susah dan orang tua. Kita selalu terbalik, anak orang senang kita hulur (kadang kadang banyak). datang orang miskin, orang tua, tak hulur la pulak... 


(langsung) tak perlu:
1- Cadar, sofa, perabot dan tirai baru. Kalau semata mata untuk raya, tak perlu. tukar bila rosak saja.
2- Kereta - tak perlu beli baru @ tambah aksesori. Yang agak-agak biasa ni, jangan suka suka sewa kereta untuk beraya.




Saturday, May 9, 2015

Sasaran simpanan seawal mula bekerja

Berapa umur anda ketika mula mula bekerja tetap?

Biasanya antara umur 20 - 25 tahun. Sebelum tu, sama ada masih belajar atau kerja sementara. Betul tak?

Seawal mula bekerja, gaji yang kita dapat, sisihkan sedikit untuk simpanan. Saranan saya, jangan letak setempat (satu akaun). Pecahkan simpanan ikut kategori sasaran kita. Meh kita check satu persatu.

a) Simpanan persaraan
    Simpanan persaraan penting sebab kita takkan selama lamanya kerja. Simpan dalam anggaran 5-10% gaji untuk sasaran ini. Ramai yang mencarum simpanan ini dalam bentuk KWSP(EPF). tapi kalau bekerja sendiri atau swasta, kita ada pilihan lain seperti ASG Persaraan, PRS( Private Retirement Scheme). Yang penting, ada.

b) Simpanan perlindungan/ insurans
   Skim perlindungan insurans dan takaful untuk melindungi kita. kalau kita simpan dalam bentuk tunai, kita tak tahu, masih ada/ cukup atau tidak jika kita berdepan masalah kesihatan. Ada banyak pelan perlindungan yang dipasarkan. pilih yang bersesuaian dengan kita. Setiap kita tak sama. jangan ambil semata mata orang lain ambil pelan yang sama. Semak juga keupayaan anda.

c) Simpanan kecemasan/kegunaan berkala
Simpanan ini berguna dalam harian kita. Jangan pejam mata. Contoh paling senang, bila kita demam atau kenderaan rosak. Demam, perlu juga sedikit kos untuk perubatan.

d) Simpanan Haji/perayaan/perjalanan
Bagi Muslim, peruntukkan juga sebahagian untuk tunaikan haji/umrah. Kalau boleh jangan sekalikan dengan simpanan lain. paling senang, simpan sedikit sedikit di tabung Haji. Sekarang pun, sudah ada option dari syarikat insurans yang menawarkan pelan perlindungan+simpanan haji.
selain itu, peruntukan untuk perayaan, buat juga. Di negara kita ni, macam macam perayaan ada. Kalau ada simpanan dari awal untuk perayaan tahun depan, tidaklah kelam kabut. Waktu raya, masa ini nak beli baju baru, nak berjalan melawat keluarga. Jika ada peruntukan setahun awal, tidaklah kelam kabut.


Friday, April 10, 2015

Review Buku : Guide To Investing

Sesekali kita review buku berkaitan kewangan. Kali ni, sengaja saya pilih buku Guide to Investing, dari Robert T. Kiyosaki. Sekarang dah ada 2 versi; Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Jadi, pilihan bahasa, dalam tangan kita.

Secara ringkas, buku ni menerangkan ciri ciri dan karakter 2 jenis pelabur. Pelabur biasa dan pelabur luar biasa. Penulis lebih menekankan pelabur luar biasa, dan kenapa dia menjadi luar biasa. Dalam 2 jenis pelabur ini, ada 5 lagi pecahan jenis pelabur.

Selain ciri pelabur, penulis menceritakan tentang ciri ciri pelaburan, risiko pelaburan dan pelindungan daripada risiko kewangan. Bagi yang baru mahu mulakan pelaburan, aspek ini penting untuk kita tahu apa itu pelaburan? apa risiko yang ada? dan bagaimana mahu kawal risiko yang ada?

Isi lain yang dibincang seperti persediaan sebelum melabur (kebanyakan kita lupa) iaitu
a) ilmu
b) plan B
c) dana kecemasan dan insurans

Bagi saya, sebagai pemula, buku ni sesuai dibaca. Lagipun, buku ni tak spesifik kepada pelaburan tertentu. Jadi, apapun instrumen pelaburan kita, asasnya ada diceritakan dalam buku ini.

Friday, March 20, 2015

Selamatkan diri dari hutang


Sebelum ni, ada saya keluarkan artikel berkaitan hutang. (klik SINI). Kali ini sambungan dari artikel tersebut.

Kerana hutang, kita hilang peluang untuk menikmati hidup. Asyik susah hati nak selesaikan hutang ni. Antara perkara yang kita boleh buat untuk kawal hutang ni:

a) Jangan tambah hutang baru.
    Kita sudah ada hutang belajar, hutang pinjaman beli kereta. Jangan pula tambah hutang baru. Senang cerita, jangan cari penyakit.

b) Elakkan kad kredit.
    Kad kredit menggalakkan kita membeli dengan cara hutang. Kalau Tak ada kad kredit, kita boleh elak hutang. Malas bawa tunai, pakai saja kad debit.

c) Tahu budjet setiap kali nak berbelanja.
     Kita sudah tahu, kan, berapa banyak gaji sebulan. Boleh buat belanjawan bulanan. Tiap kali nak membeli, pasti dah tahu berapa banyak barang dan harga yang patut dibeli. SENARAI BARANG ITU PENTING. Bila keluar membeli tanpa perancangan, hutang boleh menjerat kita tanpa sedar.


Friday, January 16, 2015

pelaburan emas: panic buying season dah bermula?

lebih kurang 3 bulan lepas, dapat beli gold bar dgn harga RM146.50 segram.  hari ni dah mencanak naik ke RM160 segram.

Tengok kiri kanan, FB, dah pakat pakat cerita balik pelaburan emas, Cerita sepanjang masa bagi peminat tegar dan wanita. tapi, jadi meriah bila yang tak pernah pernah cakap pasal ni, terjebak sekali.

Cerita emas, aku mula dah nampak, bila harga slow, rendah, orang pun buat tak reti. Peminat tegar je pulun beli.  Bila naik, panic takut lagi naik, orang yang selama ni kurang pandang pun dah bagi perhatian balik. Mungkin dulu cuma pandang emas ni cuma barang kemas, hak perempuan. Sekarang dah lain,

Tapi, macam bisnes lain, emas ni ada musim dia. Ada waktu harga naik, waktu harga turun. tahun 2012, pernah sampai RM200/g. Then menurun sampai dapat harga yang aku  beli last year, Bila masik tahun baru, dengan musim orang dah beralih arah dalam pelaburan, harga mula mendaki, Dah panic season naik.

Naik turun, aku tak kisah, yang aku kisah bila macam macam program melibatkan produk ni. Sebelum ni, program emas Genneva. Bayar untuk emas tapi simpan pada penjual. Sekali company bungkus, dengan duit kita dan emas ikut dibungkus.

Bila harga turun, tak ada pula pelapis aktiviti ni sampai aku terperasan tahun lepas rancak balik. Program ETA ( estimated time arrive). bayar dulu baru dapat, kira tangguh la.. hancur juga bila tak estimated time, emas tak sampai sampai. bungkus juga. Memang ada yang ajak join, buat eta sampai lebam katanya, tapi ramai lebam tak dapat barang, duit lesap.

permulaan tahun ni, aktiviti berprogram dah nampak slow dah. Reminder siap keluar dalam news untuk berjaga jaga. Aktiviti jual beli saja berjalan macam biasa..

Program emas sadur aka emas tipu, saja aku tak cerita kali ni, sebab tipu gred ni, sepanjang zaman.