Tuesday, December 8, 2015

Rancang kewangan 4; kenapa pelan kewangan kita tak sama?

KENAPA PELAN KEWANGAN KITA TAK SAMA?

Dalam blog saya, ada saya ceritakan pelan simpanan, pelaburan dan takaful. Ada pelan untuk persaraan, untuk anak, untuk kecemasan.

Kenapa berbeza?

Sebab keperluan dan kehendak kita tak sama. Umur dan jantina boleh sama, tapi keadaan kesihatan, kerja, dan rumah tangga tak sama. kita tengok contoh

kes 1

Aiman, 21 tahun. Baru tamat diploma dan bekerja di bahagian kewangan. Kebanyakan kerja di pejabat. Masih bujang, dan ke tempat kerja menaiki pengangkutan awam. Kurang keluar berjalan jika tiada kerja. Status kesihatan, baik. Amat menjaga diet dan bersenam.


kes 2

Amin, 21 tahun. Baru tamat diploma, bekerja di bahagian pemasaran. Bahagian pemasaran, walaupun staff baru, perlu keluar membuat promosi bergerak dan berjumpa banyak orang. Berjumpa klien dan ke tempat kerja menaiki motosikal. Status kesihatan kurang baik kerana tidak mengikut aturan makan dan tabiat merokok.

kes 3

Bakar, 21 tahun. Bekerja selepas habis sekolah. Berkahwin dan bakal menjadi bapa. Bekerja sebagai mekanik. Berjalan kaki ke tempat kerja. Kerap membawa isteri, ibubapa dan mertua melancong. Status kesihatan kurang sihat; kerap berjaga malam dan merokok.



Dalam tiga kes ini,
a) siapa yang lebih memerlukan insurans/takaful kemalangan?
    Bakar dan Amin. Kerap keluar kerana bekerja dan membawa keluarga.

b) siapa yang lebih memerlukan pelan insurans/takaful keluarga?
    Bakar. Untuk melindungi diri, isteri dan bakal anak. Jika tidak mampu, sekurang kurangnya untuk diri sendiri perlu ada. Jika apa apa terjadi pada diri, sekurang kurangnya anak dan isteri tidak terbiar tanpa warisan.

c) Siapa yang memerlukan pelan simpanan jangka pendek?
    Aiman dan Amin.
    Sebab 1- perancangan membeli kereta
                   Sampai bila nak naik pengangkutan awam dan motosikal. betul tak?
    Sebab 2- perancangan nak kawin
                   orang bujang, dah dapat kerja. Tak mungkin tak terfikir cari pasangan. Kalau dah ada, pasti sudah ditanya nak tunggu sampai bila.


Jadi, setiap orang mempunyai keperluan dan kehendak berbeza. Bergantung kepada kita, untuk menyusun pelan jangka pendek, sederhana dan panjang,