Monday, June 30, 2014

siapa yang perlu ada takaful

Sebenarnya, semua orang perlu ada takaful. Tetapi, kita ikut keutamaan dan keadaan kewangan kita. Yang paling penting untuk ada pelan takaful adalah ketua keluarga. Alasan di sini kerana ketua keluarga yang bertanggungjawab menyara keluarga. Jika ada musibah yang menimpa dirinya, bukan setakat dirinya yang terganggu tetapi satu keluarga.
Namun, jika tanggungan kita pun kita sediakan polisi takaful, ia lebih baik. Di sini, sekurang kurangnya kita sudah sediakan satu pelindingan dan simpanan untuknya. Contohnya anak kita, bila ada polisi takaful sekurang kurangnya ada satu simpanan khusus jika dia ingin menyambung pelajaran nanti.

Bagi wanita pula, tidak bermakna jika suami sudah ada pelan takaful maka kita tak perlu ada. Kalau boleh, sediakan juga satu akaun takaful untuk diri sendiri. Sekurang kurangnya, takaful atas nama sendiri dapat menjadi back up atau menampung keperluan lain dan untuk musibah atas diri kita jika terjadi.
Untuk anak-anak, jika mampu, biarlah ada seorang satu pelan, Ini sebagai satu simpanan jika satu hari nanti mereka dapat menyambung pelajaran, kita sudah ada persediaan untuknya.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, amaun perlindungan, pampasan dan simpanan yang anda terima berdasarkan komitmen bulanan anda ke takaful, anda boleh mohon quotation percuma dari saya

Nama ejen: Wan Nazihah
Contact: 012 6899281

Sunday, June 22, 2014

Perlu ke mempunyai pelan takaful?


Perlu ke mempunyai pelan takaful?
Ya, kita perlu ada pelan takaful.

Tapi, kenapa?
Takaful membantu kita mengurus risiko yang ada. Musibah seperti kemalangan atau sakit teruk kita tak dapat jangka bila akan terjadi. Selain mengurus risiko, ada 7 sebab lain yang buatkan kita perlu mempunyai pelan takaful
#1 sentiasa wujud musibah
Dalam kehidupan, kita tidak dapat elak daripada masalah. Jadi, sebelum musibah datang, ambil langkah berjaga jaga untuk menghadapinnya. Takaful membantu kita dalam masalah seperti
·         Kecurian
·         Kebakaran
·         Kemalangan

#2 sistem muamalat yang untung
Ramai yang mengatakan sistem konvensional lebih untunh berbanding takaful. Situasi ini semakin berjaya dicantas, selepas syarikat-syarikat takaful mengumumkan keuntungan drastik.
Ini membuatkan individu bukan Islam turut berminat menyertai takaful
#3 sistem saling membantu
Dengan melabur dalam takaful, kita sebenarnya membantu orang ramai.
#4 memperkasa ekonomi
#5 setiap risiko ada nilainya
Menerusi konsep pelindungan takaful, risiko harian kita berbeza nilainya.
Contohnya risiko kerugian disebabkan kemalangan lebih tinggi berbanding kerugian disebabkan kecurian. Bagi mengurangkan kerugian yang kita bakal tanggung, takaful dapat membantu dari segi kewangan yang kita laburkan sebelum ini.
#6 waspada dengan musibah
Setiapkali kita melakukan pelaburan takaful, hati dan minda kita akan beringat tentang risiko yang bakal kita hadapi.
#7 semakin ramai semakin kukuh
Sistem perlindungan takaful akan lebih indah dan bermakna jika lebih ramai yang menyertai.


Mahu saya bantu untuk perancangan kewangan anda?

Hubungi 012 6899281 (Nazihah)
Lokasi; Kuala Terengganu

Wednesday, June 18, 2014

Beza takaful dan insurans

المُستَقِيApa itu Takaful?
Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.

Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salah satu daripadanya ialah penggunaan konsep “Aqilah” yang digunapakai oleh masyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh. Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh. Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu.

Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar(ketidakpastian). Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”.

Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.


Perbezaan antara Takaful dan Insurans

Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:

1.    Hukum
Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram.

1.    Kontrak asas yang digunapakai
Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu’awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru’)

1.    Kontrak-kontrak lain
Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)

1.    Tanggung jawab pemegang polisi
Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi.

1.    Saluran pelaburan
Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).
Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.

1.    Perjalanan operasi

1.       Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah.  Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional.
2.       Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua model perniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi) dan model Wakalah (agensi). Kebanyakan pengendali Takaful menggunakan model Wakalah dan model Mudharabah digunakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
3.       Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali Takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai unsur ini.
4.       Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapi syarikat insurans hanya membayar cukai.

1.    Aspek perundangan
Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996).

Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans. Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia bukan lagi menjad arternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi seharusnya umat Islam menolak insurans konvensional dan menyertai Takaful. Mudah-mudahan industri Takaful dan sistem kewangan Islam di Malaysia akan terus perkembang dengan subur agar dapat memartbatkan Syariat Islam yang syumul.


Sunday, June 15, 2014

Menyimpan sebahagian pendapatan

Menyimpan sebahagian daripada pendapatan termasuk dalam mengurus kewangan. Tujuan menyimpan seharusnya seperti berikut:
a)      Sebagai dana kecemasan
b)      Sebagai simpanan hari tua/ bersara
c)       Untuk mencapai sasaran (mempunyai hartanah, kereta idaman dan sebagainya)
d)      Untuk simpanan pendidikan (sendiri atau anak anak)
e)      Untuk menunaikan haji dan umrah

Dalam urusan menyimpan, kebanyakan kita cuma simpan dalam akaun bank. Tapi jika ada hanya satu akaun, anda akan hadapi masalah dalam mengurus simpanan. Jalan yang terbaik sebenarnya jangan longgok semua tunai yang ada dalam satu akaun.
Habis tu, nak buat macam mana? Jom lihat apa yang boleh kita buat
a)      Pastikan ada dua akaun bank; satu untuk simpanan  dan satu lagi untuk digunakan
Akaun untuk simpanan, jangan sekali kali keluarkan duit MELAINKAN kecemasan.
Untuk urusan terima gaji, untuk simpan sekejap sebelum guna, guna akaun lagi satu.

b)      Bagi yang berumur 18 tahun ke atas dan sudah bekerja tetap, carum dalam KWSP. Bagi yang bekerja makan gaji, biasanya majikan yang akan uruskan bagi pihak anda. Jika bekerja sendiri, mencarumlah secara sukarela.
“Eh, kan dah ada satu akaun asing untuk simpan, nak ada KWSP buat apa lagi?
Ini lagi satu kes. Jangan simpan semuanya di satu tempat. Simpan lah sikit di sini. Yang ini, kita sudah tahu, khusus untuk bersara nanti, mungkin 40 tahun lagi. Simpanan dalam akaun biasa itu untuk kecemasan atau jika anda ada sasaran mahu kereta/rumah baru yang lebih selesa.

c)       TAKAFUL/INSURANS. Simpanan dalam takaful dan insurans sebenarnya untuk menguruskan risiko yang ada. Contohnya kemalangan. Ya, kita ada standby akaun simpanan tetapi jika ada takaful/insurans risiko yang ada boleh diurus dengan lebih baik. Pelindungan yang disediakan mencukupkan keperluan jika kita perlukan satu amaun yang banyak dengan segera. Lagipun, simpanan di tangan kita, agak cepat untuk kita ambil walau tidak begitu mendesak. Tapi, wang yang disimpan dalam akaun takaful, tidak semudah itu untuk kita suka suka hati keluarkan.

d)      Pelaburan. Banyak cara untuk melabur. Selain ASB/ASN, pihak bank sendiri ada tawarkan produk akaun pelaburan. Bentuk pelaburan terdapat dalam banyak jenis. Bagi muslim, ada baiknya kita pilih Islamic investment account berbanding konvensional. Ini untuk pastikan sumber keuntungan yang kita dapat terhindari dari unsur syubhah. Sumber keuntungan ini, satu masa kita akan guna, jika syubhah, akan bersangkut paut dengan kehidupan kita. Untuk pelaburan juga, pastikan kita dapat nasihat dan ilmu dari tempat yang betul.


e)      Pelbagaikan bentuk simpanan. Pelbagaikan? Yang senarai di atas tak cukup ke? Cukup, tapi kita juga ada alternatif kepada senarai di atas. Bentuk simpanan lain kali ini dalam bentuk asset. Jenis asset yang boleh dijadikan simpanan adalah hartanah, emas dan perak. Jika ada wang lebihan yang kita tak tahu nak simpan dimana, selain pilihan di atas, kita boleh simpan dalam bentuk ini. Antara hartanah, emas dan perak, bagi pendapat saya hartanah agak tinggi harga nya untuk kita mulakan berbanding emas dan perak. Sekali lagi disini, ia sama seperti ingin melabur, dapatkan maklumat, ilmu dan nasihat dari tempat yang betul. Maklumat yang kita dapat juga perlu cukup.

Mengurus kewangan


Ramai antara kita tahu penting untuk mengurus kewangan tetapi tidak semua yang benar benar mengurus kewangan kita.

Berikut adalah 8 langkah untuk tuan puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan sistematik.

1. Mempunyai Sasaran Kewangan
Kita semua mesti tahu apa yang kita mahu. Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang? Pengurusan kewangan yang baik membabitkan sasaran kewangan. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.
Sasaran yang ada, jika boleh biar jelas seperti
Kita nak ada duit berapa banyak?
Untuk apa duit simpanan tersebut?
Bila kita mahu ada duit sebanyak itu?
Berapa lama masa yang tinggal?


2. Mempunyai Sumber Pendapatan yang Mencukupi
Dalam surah Yusuf, ayat 47 menyebut kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.
Ya, dengan bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar berjaya (termasuklah memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita. 7 tahun zaman senang itu tadi adalah untuk menghadapi 7 tahun zaman susah.
Sumber pendapatan yang mencukupi bukan sekadar cukup- cukup. Biar lebih untuk kita simpan sebahagiannya. Kenapa perlu simpan sebahagian, kita lihat point seterusnya.


3. Simpan Sebelum Belanja
Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut dengan jelas hasil-hasil tanaman itu tadi disimpan dalam bentuk tangkai, selepas menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup. Kita perlu menangguhkan kepuasan terlebih dahulu.
Sekiranya kita membelanjakan semua pendapatan kita terlebih dahulu dan jika ada lebih baru kita mahu simpan, maka itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah kewangan yang kronik.
Gaji – simpanan = belanja.
Mudah.


4. Berbelanja dengan Bijak
Berbelanja dengan bijak perlukan kita kenalpasti keutamaan sebelum membeli. Sebaiknya senaraikan perbelanjaan sebelum keluar membeli. Dari senarai itu juga kita boleh kenal pasti apa yang perlu segera dan apa yang perlu diabaikan.

Jika barang itu

Perlu guna segera + penting =beli
Perlu guna + banyak lagi stok di rumah = tunggu dulu
Perlu guna nanti + lambat lagi nak guna = tunggu dulu
Tak penting + kalau ada lagi bagus = tengok budget anda
Tak penting + tak perlu = jangan beli
Selepas senarai, perkara penting lain ialah penyata perbelanjaan. Dari penyatan perbelanjaan kita akan dapat kenalpasti bentuk perbelanjaan kita. Dari penyata perbelanjaan tiap tiap bulan juga boleh mengesan jika kita terlebih belanja atau ada kebocoran dalam perbelanjaan.


5. Menguruskan Risiko Kewangan
Risiko adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Apa yang kita dapat buat adalah menguruskan risiko tersebut dengan efektif. Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah menguruskan risiko kewangan adalah dengan membeli produk-produk takaful.
Dan untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu adalah sangat penting kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko kewangan kita. Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita dari inflasi, kejatuhan harga saham atau kemerosotan bisnes?


6. Membayar Zakat (… dan cukai!)
Zakat dan sedekah merupakan proses 3+1. Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus. Harta-harta yang kita beri ini sama sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah sahaja yang tahu.
Manakala cukai pula, suka atau tidak kita pasti membayarnya! Duit itulah yang membolehkan kerajaan memberikan kita jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lainnya … untuk rakyat.


7. Membuat Pelaburan yang Bijak
Simpanan yang kita telah buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan. Tujuan pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.
Kita perlu tahu menyusun strategi pelaburan dengan bijak. Sama seperti permainan bola sepak, ada strategi menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1 mahupun false-nine (4-6-0) berdasarkan kelas aset tertentu.


8. Membahagikan Harta
Setelah kita berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita semua pasti mati. Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah, wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Pembahagian harta ini adalah sangat penting. Harta untuk anak angkat, anak luar nikah, anak susuan, tidak mempunyai anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti diselesaikan sebelum mati. Jangan sampai harta kita beku sebab kelalaian kita dalam urusan ini.
Urus duit & hutang dengan bijak dari sekarang, sila klik link di bawah untuk panduan lanjut.