Sunday, June 15, 2014

Menyimpan sebahagian pendapatan

Menyimpan sebahagian daripada pendapatan termasuk dalam mengurus kewangan. Tujuan menyimpan seharusnya seperti berikut:
a)      Sebagai dana kecemasan
b)      Sebagai simpanan hari tua/ bersara
c)       Untuk mencapai sasaran (mempunyai hartanah, kereta idaman dan sebagainya)
d)      Untuk simpanan pendidikan (sendiri atau anak anak)
e)      Untuk menunaikan haji dan umrah

Dalam urusan menyimpan, kebanyakan kita cuma simpan dalam akaun bank. Tapi jika ada hanya satu akaun, anda akan hadapi masalah dalam mengurus simpanan. Jalan yang terbaik sebenarnya jangan longgok semua tunai yang ada dalam satu akaun.
Habis tu, nak buat macam mana? Jom lihat apa yang boleh kita buat
a)      Pastikan ada dua akaun bank; satu untuk simpanan  dan satu lagi untuk digunakan
Akaun untuk simpanan, jangan sekali kali keluarkan duit MELAINKAN kecemasan.
Untuk urusan terima gaji, untuk simpan sekejap sebelum guna, guna akaun lagi satu.

b)      Bagi yang berumur 18 tahun ke atas dan sudah bekerja tetap, carum dalam KWSP. Bagi yang bekerja makan gaji, biasanya majikan yang akan uruskan bagi pihak anda. Jika bekerja sendiri, mencarumlah secara sukarela.
“Eh, kan dah ada satu akaun asing untuk simpan, nak ada KWSP buat apa lagi?
Ini lagi satu kes. Jangan simpan semuanya di satu tempat. Simpan lah sikit di sini. Yang ini, kita sudah tahu, khusus untuk bersara nanti, mungkin 40 tahun lagi. Simpanan dalam akaun biasa itu untuk kecemasan atau jika anda ada sasaran mahu kereta/rumah baru yang lebih selesa.

c)       TAKAFUL/INSURANS. Simpanan dalam takaful dan insurans sebenarnya untuk menguruskan risiko yang ada. Contohnya kemalangan. Ya, kita ada standby akaun simpanan tetapi jika ada takaful/insurans risiko yang ada boleh diurus dengan lebih baik. Pelindungan yang disediakan mencukupkan keperluan jika kita perlukan satu amaun yang banyak dengan segera. Lagipun, simpanan di tangan kita, agak cepat untuk kita ambil walau tidak begitu mendesak. Tapi, wang yang disimpan dalam akaun takaful, tidak semudah itu untuk kita suka suka hati keluarkan.

d)      Pelaburan. Banyak cara untuk melabur. Selain ASB/ASN, pihak bank sendiri ada tawarkan produk akaun pelaburan. Bentuk pelaburan terdapat dalam banyak jenis. Bagi muslim, ada baiknya kita pilih Islamic investment account berbanding konvensional. Ini untuk pastikan sumber keuntungan yang kita dapat terhindari dari unsur syubhah. Sumber keuntungan ini, satu masa kita akan guna, jika syubhah, akan bersangkut paut dengan kehidupan kita. Untuk pelaburan juga, pastikan kita dapat nasihat dan ilmu dari tempat yang betul.


e)      Pelbagaikan bentuk simpanan. Pelbagaikan? Yang senarai di atas tak cukup ke? Cukup, tapi kita juga ada alternatif kepada senarai di atas. Bentuk simpanan lain kali ini dalam bentuk asset. Jenis asset yang boleh dijadikan simpanan adalah hartanah, emas dan perak. Jika ada wang lebihan yang kita tak tahu nak simpan dimana, selain pilihan di atas, kita boleh simpan dalam bentuk ini. Antara hartanah, emas dan perak, bagi pendapat saya hartanah agak tinggi harga nya untuk kita mulakan berbanding emas dan perak. Sekali lagi disini, ia sama seperti ingin melabur, dapatkan maklumat, ilmu dan nasihat dari tempat yang betul. Maklumat yang kita dapat juga perlu cukup.

No comments:

Post a Comment