Friday, April 8, 2016

Rancang kewangan: Minta nasihat dari pakar

Hal duit, cakap nak habiskan, cepat saja. Macam macam nak beli, nak buat.

Tapi, nak rancang masa depan dengan duit yang ada sekarang, tak senang.

Bagi orang yang baru mula bekerja, tak salah kalau cari nasihat pakar kewangan. Lagi cepat, lagi baik. Nasihat saya, cari yang profesional.
Kenapa?
Penasihat kewangan ni ramai. Tapi yang pakar tu, tak seramai mana. Walaupun profesional kewangan ni, ada cabang cabang dia sendiri, cuba risik dulu. Dan elakkan ambil tips tips panas dari kawan kawan.

Dari penasihat kewangan profesional, nasihat yang anda boleh dapat seperti

a) pelan perlindungan. Jangan ingat ejen insurans/takaful hanya menjual. Mereka sepatutnya menasihati anda; apa yang anda benar benar perlu. Sebelum ambil, tanya habis habis. Sebab setiap orang berlainan keperluan. [ RUJUK SINI artikel saya sebelum ini]. Anda berhak dapat seperti yang anda perlu.

b) pelan pelaburan. Terdapat pelbagai item pelaburan seperti unit amanah, saham, hartanah dan lain lain. Untuk bab pelaburan, juga dapatkan nasihat yang profesional. Bukan semua jenis pelaburan sesuai untuk kita. Perlu tengok kos, risiko, tujuan dan kemampuan.

c) pelan lunas hutang/simpanan. Ha... ni nampak senang tapi ramai juga gagal, kan? Yang ada mana berhutang, sediakan pelan bayaran balik. Tak mampu bayar banyak, boleh restructure (susun semula). Bagi pinjaman bank, berdepanlah dengan pihak bank/peminjam. Jangan lari. Biasanya bank ada sediakan khidmat penasihat kewangan mereka sendiri. Masih bermasalah, Bank Negara dah sediakan AKPK untuk kita minta nasihat. Bab simpanan tu, perlu kira juga. Sekarang kita berhutang. Tapi sampai bila, kan? Simpanan perlu juga.

d) pelan rancangan khas. Eh? Pelik? Tidak, untuk saya tak pelik. Rancangan khas ni, macam untuk perayaan, untuk kawin, untuk anak nak masuk sekolah. Kira perbelanjaan khas la. Bukan yang belanja hari hari. Walaupun pelan simpanan dah ada. Simpanan khas ni kena asing. Pengalaman saya sendiri tengok kawan kawan sambut raya, Ada yang berhutang demi sambut raya. Jadi, cari la penasihat kewangan untuk kes ni. Hutang perayaan lama, dah masuk pelan lunas hutang. Perayaan tahun depan, rancang sekarang. [ RUJUK SINI untuk artikel berkaitan]



No comments:

Post a Comment