Thursday, March 6, 2025

10 Tips Bijak Berbelanja Pada Musim Perayaan

 Setiap kali tiba musim perayaan kita akan berbelanja lebih banyak daripada hari biasa, selalunya bajet yang telah ditetapkan untuk berbelanja pada musim perayaan akan terlebih. Untuk mengelakkan berlaku perbaziran dan bagaimana cara bijak untuk berjimat ketika musim perayaan, jom amalkan 10 tips bijak berbelanja pada musim perayaan.


1. Rancang perbelanjaan dan buat senarai barangan
Pengguna harus merancang keperluan dengan membuat senarai barangan yang diperlukan sesuai dengan peruntukan (bajet) perbelanjaan mereka. Senarai barangan ini penting bagi memudahkan urusan pembelian ketika bebelanja di pusat membeli belah kelak. Selain menjimatkan masa, ia juga boleh mengelakkan anda daripada membeli barangan yang tidak diperlukan.

2. Elakkan daripada membuat pembelian secara spontan
Sebahagian besar daripada pembelian yang dibuat didorong oleh naluri. Cuba elakkan daripada membuat pembelian secara spontan ketika membeli-belah. Walaupun terdapat barangan yang nampak menarik di mata anda, fikirkan secara mendalam sama ada anda benar-benar memerlukannya sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan tersebut.

3. Ikut kemampuan dan jangan bersaing
Anda tidak sepatutnya terpengaruh dengan corak perbelanjaan rakan atau jiran anda kerana tahap kewangan serta tanggungan yang berbeza. Oleh yang demikian, anda harus berbelanja mengikut kemampuan dan bukan atas tujuan untuk bersaing dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain agar tidak melampaui tahap kewangan anda.

4. Guna kad kredit secara bijak dan elakkan daripada berhutang
Penggunaan kad kredit sememangnya lebih mudah dan selamat kerana anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah. Namun anda perlu berhati-hati menggunakannya dengan memastikan jumlah perbelanjaan menerusi kad kredit dibuat berdasarkan kemampuan untuk mengelakkan daripada berhutang.

5. Menawar harga barangan
Cuba amalkan tabiat suka menawar harga barangan, melainkan jika harga barangan tersebut tetap. Dengan tawar-menawar sebelum membuat pembelian, anda boleh mendapat harga lebih murah berbanding harga biasa. Manfaatkan membeli belah ketika potongan harga diadakan. Walaupun dalam keadaan tertentu, potongan harga tersebut hanya merupakan gimik perniagaan, tetapi sekiranya anda membuat pertimbangan yang waras, anda mampu mendapat harga yang berpatutan.

6. Beli mengikut kesesuaian dan pastikan ianya berkualiti
Pastikan anda membeli barangan yang berkualiti setimpal dengan harga yang ditawarkan. Anda boleh membuat perbandingan harga serta kualiti barangan yang diingini terlebih dahulu sebelum membeli. Contohnya, bagi pakaian anak-anak yang masih kecil, anda boleh membeli saiz yang lebih besar sedikit kerana faktor tumbesaran mereka yang cepat meningkat. Pastikan pakaian mereka juga berkualiti dan tidak mudah koyak atau lusuh agar ia boleh dipakai berulang kali biarpun selepas perayaan kelak. Dengan cara ini anda dapat berjimat daripada kerap berbelanja.

7. Tidak mudah terpengaruh dengan iklan
Apabila tiba musim perayaan, promosi iklan giat dijalankan. Ketika ini pelbagai barangan dengan harga menarik ditawarkan kepada pengguna. Walaubagaimanapun, jangan mudah terpegaruh dengan tawaran yang dipaparkan. Anda harus mempertimbangkan kepentingan barangan tersebut. Jika tidak penting, anda tidak perlu membelinya. Anda juga harus pastikan stok barangan tawaran istimewa seperti yang diiklan masih boleh didapati.

8. Ganti perhiasan yang perlu sahaja
Perabot, langsir, permaidani dan cat antara perkara yang sering diganti setiap kali musim perayaan. Namun tidak semua perhiasan tersebut perlu diganti sekiranya ia masih dalam keadaan yang baik. Gunakan kreativiti anda untuk menjadikan ia lebih menarik contohnya seperti menjahit juraian kristal pada langsir lama anda.

9. Tidak menyediakan juadah hari raya secara berlebihan
Cuba anggarkan jumlah tetamu yang akan mengunjungi anda dan masak sekadar diperlukan sahaja. Jika perlu, simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segera terutama ketika menerima kunjungan tetamu yang tidak disangka. Elakkan daripada membeli atau menyediakan juadah hari raya secara berlebihan hingga menyebabkan pembaziran.

kredit: keluargabahagia.my

Monday, November 4, 2024

Kos kematian, khairat kematian ringankan beban

 Dalam islam, urus jenazah adalah fardu kifayah. 

ya, betul tak perlu bayar. tapi, ada kos sampingan yang perlu waris bayar.

1. batu nisan

2. kain kafan

3. kos air mandikan jenazah ( betullah masuk bil air, tapi masih kos, kan?)

4. petrol ambulans ( ikut jarak dan lokasi )


Jadi, kita nampak, tak semuanya percuma.

di bawah ni, ada sebahagian dari tempat yang kita boleh buat tuntutan khairat kematian. Mungkin tak banyak, tapi sekurang kurangnya boleh menampung perbelanjaan urus kematian.

  • PERKESO
  • KWSP
  • TABUNG HAJI
  • ASB & ASN 
  • Takaful (rujuk takaful anda)



Perkongsian berkaitan khairat kematian ni, semoga dapat kita manfaatkan untuk ahli keluarga kita.

Jika boleh, tuntut saja jika arwah keluarga kita ada akaun berkenaan. Dapat banyak atau sikit, itu belakang kira. Jika dicampur semua, insha Allah cukup. terutamanya jika di bandar besar. tentunya kos pengurusan mayat untuk dibawa balik dan diurus itu, lebih mahal.


Thursday, June 13, 2024

Penting untuk pilih ejen takaful

 Baru-baru ni, saya terminate satu polisi takaful yang saya ambil. 

secara jujur, polisi tu dah lama saya ambil. Jumlah carumannya agak murah untuk saya. Coverage juga bagus. Tapi kenapa saya terminate?  Ha ini yang saya nak cerita.


Ejen yang sebelum ni, urus sangat baik dan senang nak update. tapi, selepas dia berhenti. Polisi saya diurus oleh ejen lain. Susah betul nak dapat khabar, dan pernah beberapa kali saya hubungi tapi tak dilayan.

Biasalah. umur makin naik, kadang kadang terfikir nak upgrade, nak semak cukup ke tidak. Dan , saya masa tu terfikir nak tambar rider. Tapi bila ejen susah sangat nak dihubungi, saya ambil tindakan drastik. terminate saja. dan ambil polisi baru dengan ejen lain.

Apa yang saya kecewa juga sebenarnya, maklumat yang saya dapat, berbeza dengan apa yang diterangkan oleh pegawai di kaunter.

Pengajaran di sini,

1. Pilih ejen yang membantu anda dalam hal polisi takaful ni. Once dah ambil, maybe nak tambah rider, nak revise. 

2. Sesekali, mungkin boleh ke kaunter pejabat Takaful untuk maklumat terkini. Mungkin selepas 4 tahun atau 5 tahun. jika berbaloi tambah plan, kita boleh 'ulangkaji' bersama ejen.

3. Elakkan ejen yang hanya nak menjual. Lepas dia dapat kita sebagai pelanggan, terus lesap. Ha... ini pun pernah saya dapat. Akhirnya lapsed macam tu saja.



Nota: jika ada yang nak risik ejen takaful & insurance yang diyakini, insha Allah boleh risik-risik. Alhamdulillah, lepas ejen lama buat hal, saya berjumpa dengan ejen yang bagus

Sunday, December 22, 2019

Cari duit lebih: kerja sambilan atau kerja lebih masa?

Dalam masa masa gawat, ramai orang terfikir untuk cari duit lebih.

Sesetengah orang, terfikir untuk buat kerja lebih masa (overtime), yang lain cenderung untuk buat kerja sambilan. Bagi saya, kedua-duanya boleh, dan betul.

Tapi, untuk tahu berbaloi ke tidak, kita go thru siapa yang boleh overtime dan boleh kerja sambilan.


Kerja lebih masa.
a) pekerja bahagian operasi. Seperti operator kilang, promoter, cashier
b) pekerja kedai/kilang yang mempunyai syif.
c) masih di tempat kerja yang sama.

Kerja sambilan
a) boleh jadi kerja di tempat lain
b) pekerja bahagian pengurusan suka buat kerja sambilan. Kerana mereka tiada peruntukan elaun kerja lebih masa. kerja sambilan, selepas office hour ialah pilihan yang baik.
c) untuk pelajar, kerja sambilan juga satu pilihan. sekurang kurangnya pada hujung minggu, tidak mengganggu kelas



Kedua-dua pilihan memberi pulangan yang baik dari segi pendapatan. Cuma, dari segi pengurusan kewangan, perlu kita teliti beberapa perkara

1. pastikan kos untuk buat kerja sambilan / lebih masa kurang dari elaun kerja sambilan/lebih masa.
2. kerja sambilan tidak mengganggu kerja utama anda. Sangat tak berbaloi, korbankan gaji tetap semata-mata nak dapatkan duit lebih

Thursday, September 12, 2019

Orang Muda: di mana kedudukan duit kita?

Hai.... dan Assalamualaikum.

Sudah lama dah tak bersiaran di sini.
Hari ni, kita ambil topik yang agak santai. Masih melibatkan duit. Fokus kali ni, orang muda.

Mungkin lepasan SPM, lepasan kolej atau universiti. Pada waktu ni, kalau sebut pasal duit, haruslah takde. Sebab tak kerja lagi. Betul tak?



Di sini, kita cuba betulkan sikit persepsi kita. Betul, kita tak kerja lagi. tapi, sampai bila, kan?

Bagi yang baru habis belajar, tak salah buat kerja sementara. Kenapa kerja sementara?

1. Pengalaman. kebanyakan kerja tetap, mahukan pengalaman.
2. Modal. Untuk kerja sendiri, dan untuk cari kerja yang lebih baik, modal main peranan.


Bagi orang muda, pengurusan kewangan sama penting seperti orang dewasa lain. Jika sebelum bekerja, kita bergantung harap dengan biasiswa dan ibubapa. mungkin tak terkesan sangat. Bila mula bekerja, ini masa untuk kita mula bertanggungjawab.

Buat permulaan,

1. cari kerja yang berdekatan dengan tempat tinggal. Untuk mengurangkan perbelanjaan pengangkutan.
2. makan. Bawa bekal atau makan siap-siap di rumah. Jangan boros makan benda yang tidak sihat atau mewah. Kita masih bertatih bekerja.
3. simpan sedikit untuk kecemasan.
4. perbelanjaan. jika ada yang kita teringin, simpan dulu impian. Godaan cukup kuat kerana pertama kali memegang duit sendiri

Tuesday, September 5, 2017

Menabung ketika gawat?

Waktu gawat pun kena menabung?



Paling penting waktu gawat (baca: waktu pendapatan kurang), jejak balik duit kita. Ke mana kita gunakan duit? penting ke boleh tunggu? dan susun balik perbelanjaan kita.

Masih, peruntukkan sedikit untuk emergency. Mungkin tak banyak macam masa senang, tapi sekurang kurangnya ada.


Saturday, July 15, 2017

Urus rezeki




Artikel di atas, berkenaan mengurus rezeki menurut Islam.

Dalam menguruskan rezeki, ada 5 perkara yang kita perlu ketahui iaitu
a) matlamat
b) pengetahuan pengurusan kewangan
c)pengetahuan pengurusan hutang
d) pengetahuan menguruskan pelaburan
e) mengurus dengan betul