Menyimpan sebahagian daripada pendapatan
termasuk dalam mengurus kewangan. Tujuan menyimpan seharusnya seperti berikut:
a)
Sebagai dana kecemasan
b)
Sebagai simpanan hari tua/ bersara
c)
Untuk mencapai sasaran (mempunyai
hartanah, kereta idaman dan sebagainya)
d)
Untuk simpanan pendidikan (sendiri
atau anak anak)
e)
Untuk menunaikan haji dan umrah
Dalam urusan menyimpan, kebanyakan kita cuma simpan
dalam akaun bank. Tapi jika ada hanya satu akaun, anda akan hadapi masalah
dalam mengurus simpanan. Jalan yang terbaik sebenarnya jangan longgok semua
tunai yang ada dalam satu akaun.
Habis tu, nak buat macam mana? Jom lihat apa
yang boleh kita buat
a)
Pastikan ada dua akaun bank; satu
untuk simpanan dan satu lagi untuk
digunakan
Akaun untuk simpanan, jangan sekali
kali keluarkan duit MELAINKAN kecemasan.
Untuk urusan terima gaji, untuk simpan
sekejap sebelum guna, guna akaun lagi satu.
b)
Bagi yang berumur 18 tahun ke atas dan
sudah bekerja tetap, carum dalam KWSP. Bagi yang bekerja makan gaji, biasanya
majikan yang akan uruskan bagi pihak anda. Jika bekerja sendiri, mencarumlah
secara sukarela.
“Eh, kan dah ada satu akaun asing
untuk simpan, nak ada KWSP buat apa lagi?
Ini lagi satu kes. Jangan simpan
semuanya di satu tempat. Simpan lah sikit di sini. Yang ini, kita sudah tahu,
khusus untuk bersara nanti, mungkin 40 tahun lagi. Simpanan dalam akaun biasa
itu untuk kecemasan atau jika anda ada sasaran mahu kereta/rumah baru yang
lebih selesa.
c)
TAKAFUL/INSURANS. Simpanan dalam
takaful dan insurans sebenarnya untuk menguruskan risiko yang ada. Contohnya
kemalangan. Ya, kita ada standby akaun simpanan tetapi jika ada
takaful/insurans risiko yang ada boleh diurus dengan lebih baik. Pelindungan
yang disediakan mencukupkan keperluan jika kita perlukan satu amaun yang banyak
dengan segera. Lagipun, simpanan di tangan kita, agak cepat untuk kita ambil
walau tidak begitu mendesak. Tapi, wang yang disimpan dalam akaun takaful,
tidak semudah itu untuk kita suka suka hati keluarkan.
d)
Pelaburan. Banyak cara untuk melabur.
Selain ASB/ASN, pihak bank sendiri ada tawarkan produk akaun pelaburan. Bentuk
pelaburan terdapat dalam banyak jenis. Bagi muslim, ada baiknya kita pilih Islamic
investment account berbanding konvensional. Ini untuk pastikan sumber
keuntungan yang kita dapat terhindari dari unsur syubhah. Sumber keuntungan
ini, satu masa kita akan guna, jika syubhah, akan bersangkut paut dengan
kehidupan kita. Untuk pelaburan juga, pastikan kita dapat nasihat dan ilmu dari
tempat yang betul.
e)
Pelbagaikan bentuk simpanan.
Pelbagaikan? Yang senarai di atas tak cukup ke? Cukup, tapi kita juga ada alternatif
kepada senarai di atas. Bentuk simpanan lain kali ini dalam bentuk asset. Jenis
asset yang boleh dijadikan simpanan adalah hartanah, emas dan perak. Jika ada
wang lebihan yang kita tak tahu nak simpan dimana, selain pilihan di atas, kita
boleh simpan dalam bentuk ini. Antara hartanah, emas dan perak, bagi pendapat
saya hartanah agak tinggi harga nya untuk kita mulakan berbanding emas dan
perak. Sekali lagi disini, ia sama seperti ingin melabur, dapatkan maklumat,
ilmu dan nasihat dari tempat yang betul. Maklumat yang kita dapat juga perlu
cukup.
No comments:
Post a Comment