Ramai antara kita tahu penting untuk mengurus
kewangan tetapi tidak semua yang benar benar mengurus kewangan kita.
Berikut adalah 8 langkah untuk
tuan puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan sistematik.
1. Mempunyai Sasaran Kewangan
Kita semua mesti tahu apa yang
kita mahu. Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang
barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang? Pengurusan kewangan yang baik
membabitkan sasaran kewangan. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.
Sasaran yang ada, jika boleh biar
jelas seperti
Kita nak ada duit berapa banyak?
Untuk apa duit simpanan tersebut?
Bila kita mahu ada duit sebanyak itu?
Berapa lama masa yang tinggal?
2. Mempunyai Sumber
Pendapatan yang Mencukupi
Dalam surah Yusuf,
ayat 47 menyebut kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.
Ya, dengan
bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain,
sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar berjaya
(termasuklah memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita. 7 tahun zaman senang
itu tadi adalah untuk menghadapi 7 tahun zaman susah.
Sumber pendapatan yang mencukupi bukan sekadar
cukup- cukup. Biar lebih untuk kita simpan sebahagiannya. Kenapa perlu simpan
sebahagian, kita lihat point seterusnya.
3. Simpan Sebelum
Belanja
Ayat 47, surah Yusuf
juga menyebut dengan jelas hasil-hasil tanaman itu tadi disimpan dalam bentuk
tangkai, selepas
menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup. Kita perlu menangguhkan kepuasan terlebih dahulu.
Sekiranya kita
membelanjakan semua pendapatan kita terlebih dahulu dan jika ada lebih baru
kita mahu simpan, maka itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah
kewangan yang kronik.
Gaji –
simpanan = belanja.
Mudah.
4. Berbelanja dengan
Bijak
Berbelanja dengan
bijak perlukan kita kenalpasti keutamaan sebelum membeli. Sebaiknya senaraikan
perbelanjaan sebelum keluar membeli. Dari senarai itu juga kita boleh kenal
pasti apa yang perlu segera dan apa yang perlu diabaikan.
Jika barang itu
Perlu guna segera +
penting =beli
Perlu guna + banyak
lagi stok di rumah = tunggu dulu
Perlu guna nanti +
lambat lagi nak guna = tunggu dulu
Tak penting + kalau
ada lagi bagus = tengok budget anda
Tak penting + tak
perlu = jangan beli
Selepas senarai,
perkara penting lain ialah penyata perbelanjaan. Dari penyatan perbelanjaan
kita akan dapat kenalpasti bentuk perbelanjaan kita. Dari penyata perbelanjaan
tiap tiap bulan juga boleh mengesan jika kita terlebih belanja atau ada
kebocoran dalam perbelanjaan.
5. Menguruskan Risiko Kewangan
Risiko adalah sesuatu yang tidak
dapat dihapuskan sepenuhnya. Apa yang kita dapat buat adalah menguruskan risiko
tersebut dengan efektif. Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah menguruskan
risiko kewangan adalah dengan membeli produk-produk takaful.
Dan untuk menjadi seorang yang
betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu adalah sangat penting
kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko kewangan
kita. Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita dari inflasi,
kejatuhan harga saham atau kemerosotan bisnes?
6. Membayar Zakat (… dan cukai!)
Zakat dan sedekah merupakan proses
3+1. Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan harta, melindungi harta dan
mengembangkan harta sekaligus. Harta-harta yang kita beri ini sama sekali tidak
berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah sahaja yang tahu.
Manakala cukai pula, suka atau
tidak kita pasti membayarnya! Duit itulah yang membolehkan kerajaan memberikan
kita jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lainnya … untuk rakyat.
7. Membuat Pelaburan yang Bijak
Simpanan yang kita telah buat itu
adalah untuk dijadikan modal pelaburan. Tujuan pelaburan kita adalah untuk
kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan
apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.
Kita perlu tahu menyusun strategi
pelaburan dengan bijak. Sama seperti permainan bola sepak, ada strategi
menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1 mahupun false-nine
(4-6-0) berdasarkan kelas aset tertentu.
8. Membahagikan Harta
Setelah kita berjaya mengumpul
harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita semua pasti mati.
Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah,
wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Pembahagian harta ini adalah
sangat penting. Harta untuk anak angkat, anak luar nikah, anak susuan, tidak
mempunyai anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti diselesaikan
sebelum mati. Jangan sampai harta kita
beku sebab kelalaian kita dalam urusan ini.
Urus duit & hutang dengan
bijak dari sekarang, sila klik link di bawah untuk panduan lanjut.
No comments:
Post a Comment