Motivasi pelabur: Kenapa melabur?
Saya mula melabur dengan goldbar, sekitar tahun 2013. Masa
tu, buat permulaan, 1gram. Niat asal, kalau simpan duit dalam bentuk tunai,
akan ter-belanja nanti. Simpan dalam bank? Sama saja, boleh pergi atm, keluarkan-belanja.
Jadi, beli GB, memang takkan boleh belanja suka suka hati. Iyalah, nak jual
balik, tak mungkin kalau saja suka suka .
Saya taknak cerita kenapa saya melabur dalam emas atau lain
lain. Asasnya sama, kenapa kita melabur.
a) Kita melabur untuk mendapat hasil, untuk kembangkan tunai
yang kita ada. Bila berjumpa dengan orang, berkongsi pendapat dan pandangan,
ada yang menolak terus semua jenis pelaburan. Alasan yang biasa : “ Macam mana
kalau nak pakai duit segera?” “Takut syubhah..” dan “Tak reti...”
Risau nak pakai duit segera, saya susah nak komen panjang
sebenarnya. Kalau ikut, nak shopping sakan RM100, kita tak fikir pula risiko kalau nak
pakai duit segera. Betul tak?
b) Untuk melabur, kita asingkan sedikit untuk
simpanan kecemasan (3-6 bulan). Baru melabur. Di sini, tak timbul kalau nak
pakai duit segera sebab kita standby duit ‘kalau nak pakai segera’ dulu, baru
melabur.
c) Guna lebihan tunai yang ada. Ikut bajet. Kalau
kita cuma mampu bermula dengan RM50, mulakan dengan yang itu sahaja. Kena rajin
survey juga, pelaburan yang mana sesuai dengan kemampuan kita.
Takut syubhah? Hmmm... banyak pelaburan yang berlandaskan
syariah sebenarnya. Cuma, kita cari atau tidak.
a) Pelaburan dalam bentuk simpanan emas/perak, tak
timbul isu patuh syariah. Dalam kes beli dan simpan selama yang boleh, tak ada
kes tak patuh syariah. Syaratnya, beli tunai. Setakat yang kita mampu.
b) Pelaburan unit amanah, penting untuk dapat maklumat
lengkap dulu. Tak salah kalau dapat maklumat dari 3-4 syarikat pelaburan.
Contoh: dapatkan maklumat dari ASNB, Maybank Investment, CIMB Wealth Advisor
(CWA) dan Public Mutual. Penting sebelum jatuhkan hukuman kepada semua
syarikat. Jangan sebab satu kes, kita pukul rata semua orang.
Tak reti? Saya juga bermula dengan tak reti dan tak tahu.
Ada baiknya ambil SIKIT RISIKO; hadiri kelas pelaburan. Sama ada dalam bentuk
seminar, di internet, atau beli buku berkaitan.
Di internet, banyak pelabur berkongsi ilmu asas pelaburan. Buku buku
pun, anggaran RM15-RM50 sudah boleh dapat. Nak jimat juga, perpustakaan kan
ada, pinjam saja.
Saranan saya, nak melabur, bermula dengan lebihan tunai yang
ada. Sikit pun tak apa. Motivasi saya, untuk jangka panjang, tak nak usik duit
tu. Walau RM100, biar jangan usik selama yang mungkin. Dengan melabur, kita
boleh gandakan nilai semasa kita tak usik duit tu.
Kalau ikut nafsu nak habiskan duit, memang rasa sayang pada
permulaan. Tapi, dari tahun ke tahun bila hasil pelaburan bertambah, rasa
sayang tak habiskan duit tu dah hilang. Senang hati lagi ada, sebab tunai
bertambah. Kalau shopping barang yang tak berfaedah, tak boleh jual balik
barang tu.
No comments:
Post a Comment