Monday, November 4, 2024

Kos kematian, khairat kematian ringankan beban

 Dalam islam, urus jenazah adalah fardu kifayah. 

ya, betul tak perlu bayar. tapi, ada kos sampingan yang perlu waris bayar.

1. batu nisan

2. kain kafan

3. kos air mandikan jenazah ( betullah masuk bil air, tapi masih kos, kan?)

4. petrol ambulans ( ikut jarak dan lokasi )


Jadi, kita nampak, tak semuanya percuma.

di bawah ni, ada sebahagian dari tempat yang kita boleh buat tuntutan khairat kematian. Mungkin tak banyak, tapi sekurang kurangnya boleh menampung perbelanjaan urus kematian.

  • PERKESO
  • KWSP
  • TABUNG HAJI
  • ASB & ASN 
  • Takaful (rujuk takaful anda)



Perkongsian berkaitan khairat kematian ni, semoga dapat kita manfaatkan untuk ahli keluarga kita.

Jika boleh, tuntut saja jika arwah keluarga kita ada akaun berkenaan. Dapat banyak atau sikit, itu belakang kira. Jika dicampur semua, insha Allah cukup. terutamanya jika di bandar besar. tentunya kos pengurusan mayat untuk dibawa balik dan diurus itu, lebih mahal.


Thursday, June 13, 2024

Penting untuk pilih ejen takaful

 Baru-baru ni, saya terminate satu polisi takaful yang saya ambil. 

secara jujur, polisi tu dah lama saya ambil. Jumlah carumannya agak murah untuk saya. Coverage juga bagus. Tapi kenapa saya terminate?  Ha ini yang saya nak cerita.


Ejen yang sebelum ni, urus sangat baik dan senang nak update. tapi, selepas dia berhenti. Polisi saya diurus oleh ejen lain. Susah betul nak dapat khabar, dan pernah beberapa kali saya hubungi tapi tak dilayan.

Biasalah. umur makin naik, kadang kadang terfikir nak upgrade, nak semak cukup ke tidak. Dan , saya masa tu terfikir nak tambar rider. Tapi bila ejen susah sangat nak dihubungi, saya ambil tindakan drastik. terminate saja. dan ambil polisi baru dengan ejen lain.

Apa yang saya kecewa juga sebenarnya, maklumat yang saya dapat, berbeza dengan apa yang diterangkan oleh pegawai di kaunter.

Pengajaran di sini,

1. Pilih ejen yang membantu anda dalam hal polisi takaful ni. Once dah ambil, maybe nak tambah rider, nak revise. 

2. Sesekali, mungkin boleh ke kaunter pejabat Takaful untuk maklumat terkini. Mungkin selepas 4 tahun atau 5 tahun. jika berbaloi tambah plan, kita boleh 'ulangkaji' bersama ejen.

3. Elakkan ejen yang hanya nak menjual. Lepas dia dapat kita sebagai pelanggan, terus lesap. Ha... ini pun pernah saya dapat. Akhirnya lapsed macam tu saja.



Nota: jika ada yang nak risik ejen takaful & insurance yang diyakini, insha Allah boleh risik-risik. Alhamdulillah, lepas ejen lama buat hal, saya berjumpa dengan ejen yang bagus

Sunday, December 22, 2019

Cari duit lebih: kerja sambilan atau kerja lebih masa?

Dalam masa masa gawat, ramai orang terfikir untuk cari duit lebih.

Sesetengah orang, terfikir untuk buat kerja lebih masa (overtime), yang lain cenderung untuk buat kerja sambilan. Bagi saya, kedua-duanya boleh, dan betul.

Tapi, untuk tahu berbaloi ke tidak, kita go thru siapa yang boleh overtime dan boleh kerja sambilan.


Kerja lebih masa.
a) pekerja bahagian operasi. Seperti operator kilang, promoter, cashier
b) pekerja kedai/kilang yang mempunyai syif.
c) masih di tempat kerja yang sama.

Kerja sambilan
a) boleh jadi kerja di tempat lain
b) pekerja bahagian pengurusan suka buat kerja sambilan. Kerana mereka tiada peruntukan elaun kerja lebih masa. kerja sambilan, selepas office hour ialah pilihan yang baik.
c) untuk pelajar, kerja sambilan juga satu pilihan. sekurang kurangnya pada hujung minggu, tidak mengganggu kelas



Kedua-dua pilihan memberi pulangan yang baik dari segi pendapatan. Cuma, dari segi pengurusan kewangan, perlu kita teliti beberapa perkara

1. pastikan kos untuk buat kerja sambilan / lebih masa kurang dari elaun kerja sambilan/lebih masa.
2. kerja sambilan tidak mengganggu kerja utama anda. Sangat tak berbaloi, korbankan gaji tetap semata-mata nak dapatkan duit lebih

Thursday, September 12, 2019

Orang Muda: di mana kedudukan duit kita?

Hai.... dan Assalamualaikum.

Sudah lama dah tak bersiaran di sini.
Hari ni, kita ambil topik yang agak santai. Masih melibatkan duit. Fokus kali ni, orang muda.

Mungkin lepasan SPM, lepasan kolej atau universiti. Pada waktu ni, kalau sebut pasal duit, haruslah takde. Sebab tak kerja lagi. Betul tak?



Di sini, kita cuba betulkan sikit persepsi kita. Betul, kita tak kerja lagi. tapi, sampai bila, kan?

Bagi yang baru habis belajar, tak salah buat kerja sementara. Kenapa kerja sementara?

1. Pengalaman. kebanyakan kerja tetap, mahukan pengalaman.
2. Modal. Untuk kerja sendiri, dan untuk cari kerja yang lebih baik, modal main peranan.


Bagi orang muda, pengurusan kewangan sama penting seperti orang dewasa lain. Jika sebelum bekerja, kita bergantung harap dengan biasiswa dan ibubapa. mungkin tak terkesan sangat. Bila mula bekerja, ini masa untuk kita mula bertanggungjawab.

Buat permulaan,

1. cari kerja yang berdekatan dengan tempat tinggal. Untuk mengurangkan perbelanjaan pengangkutan.
2. makan. Bawa bekal atau makan siap-siap di rumah. Jangan boros makan benda yang tidak sihat atau mewah. Kita masih bertatih bekerja.
3. simpan sedikit untuk kecemasan.
4. perbelanjaan. jika ada yang kita teringin, simpan dulu impian. Godaan cukup kuat kerana pertama kali memegang duit sendiri

Tuesday, September 5, 2017

Menabung ketika gawat?

Waktu gawat pun kena menabung?



Paling penting waktu gawat (baca: waktu pendapatan kurang), jejak balik duit kita. Ke mana kita gunakan duit? penting ke boleh tunggu? dan susun balik perbelanjaan kita.

Masih, peruntukkan sedikit untuk emergency. Mungkin tak banyak macam masa senang, tapi sekurang kurangnya ada.


Saturday, July 15, 2017

Urus rezeki




Artikel di atas, berkenaan mengurus rezeki menurut Islam.

Dalam menguruskan rezeki, ada 5 perkara yang kita perlu ketahui iaitu
a) matlamat
b) pengetahuan pengurusan kewangan
c)pengetahuan pengurusan hutang
d) pengetahuan menguruskan pelaburan
e) mengurus dengan betul

Saturday, August 20, 2016

Aliran Tunai: Ambil Tahu

Aliran tunai? Apa tu?

Hehe, saya pun dulu macam tu juga. Pernah dengar tapi tak tahu benda apa dan fungsi dia. Iya lah, bukan buat bisnes pun, dan bukan orang akaun.

Tapi, kuasa aliran tunai ni, yang memberitahu keselamatan kewangan kita. Masih boleh berbelanja atau sudah kena catu.

Kenapa aliran tunai ni berkuasa? Kita tengok kes kes keliling kita.

Kes 1
Duit gaji habis awal.
Kes ini, amat bahaya. Kena tengok balik, ke mana wang gaji kita sampai jadi habis awal. Pastikan setiap kali berbelanja, kita simpan resit. Jadi, kita tahu rekod belanja setiap kali.

Kes 2
Duit gaji bulan lepas cun-cun habis masa nak dapat gaji bulan ni.
Kes ini masih bahaya. Sebab tak ada simpanan langsung. Masih kena tengok balik, ke mana kita belanja sampai tak boleh simpan langsung

Kes 3
Duit gaji bulan lepas tak sempat habis, gaji bulan ni dah masuk.
Kes ini, kategori selamat.


Kenapa kena ambil tahu aliran tunai?
Sebab itu petunjuk cara kita berbelanja. Ia bagi tahu kita,
a) kita ni berhutang, akan berhutang atau tidak
b) hidup kita selesa atau tidak
c) untuk pinjaman beli rumah/kereta/perniagaan, aliran tunai akan jadi penanda kita layak atau tidak.

Kenapa aliran tunai kena baik?
Sebabnya
a) untuk senangkan kita rancang keperluan masa depan kita. Nak beli rumah, nak bersara, anak nak sambung belajar....
b) untuk urusan beli rumah, kita ada simpanan deposit dan senang buat pinjaman. Pinjaman akan diberi berdasarkan aliran tunai anda. Kalau tak cantik, tak dapat.
c) untuk elakkan kita daripada hutang jahat.

Habis tu, kalau aliran tunai teruk, nak buat macam mana?
Semak balik, ke mana duit kita pergi. Betul la susah nak buat, tapi kena mula buat.
Senarai balik apa yang kita belanja bulan ni. dan tengok, banyak perlu ke tak?

****Alamak, mana nak ingat semua********
Abis tu, tak dapat nak tolong. So, mula dari hari ni, asal belanja je, catat. Tak pun simpan resit. Dari situ, tengok, perlu ke tak. Kalau boleh sebelum beli, jawab dengan diri, " Aku perlu ke aku nak?"


****Tapi, tak selesai jugak*****
Heh.. masalah ni, tak selesai dalam masa sehari. Bila dah tahu ke mana duit kita hilang. At least kita tahu kawal untuk akan datang. Mungkin sebulan ata tiga bulan, sikit sikit baiki.